Jumaat, 19 Jun 2009

~SiAkAp StiM~


Bahan-Bahan:
-2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
-2 biji bwg besar - dimayang halus
-2 biji bwg putih - dimayang halus
-1 btg serai - dihiris halus
-2 inci halia - dihiris halus
-2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
-5 btg cili padi - di ketuk
-1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm1/2 cawan
-Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
-Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halusGula & garam secukup rasa
-Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar

Cara-Cara:
1.Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas.
2.Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk.
3.Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur.
4.Tambahkan garam dan gula secukupnya.
5.Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.
6.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam.
7.Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.
8.Setelah masak,angkat hidangan tersebit dan hidangkan...

~SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan