Jumaat, 19 Jun 2009

~IkAn BawaL SwEEt n SoUr~


Bahan-Bahan:(3-4 org makan)
-1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit (boleh juga dilumur garam n sdikit tepung jagung)
-3 biji bawang merah-ditumbuk
-1 ulas bawang putih-ditumbuk
-1 inch halia-dihiris panjang2
-1 biji tomato-dipotong dadu
-1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
-1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
-2 sudu besar sos tomato
-3 sudu besar sos cili
-1/2 lobak merah-dipotong dadu
-Sedikit bunga kobis
-Sedikit nenas-dipotong dadu
-Garam & gula secukup rasa
-Daun sup~Hiasan

Cara-Cara:
1. Ikan yang siap dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit.Ketepikan.
2. Tumis bawang yang telah ditumbuk,halia & bawang besar.
3. Setelah naik bau,masukkan sos cili & sos tomato.Kacau rata.
4. Masukkan tomato,cili capsicum & sayuran lain.Kemudian,masukkan sedikit air jika kuah
terlalu pekat.
5.Biarkan mendidih,masukkan garam & gula.Angkat kuah tadi & tuang atas ikan yang siap
digoreng tadi.Hias sedikit dengan daun sup & hidangkan.

~SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan