Jumaat, 19 Jun 2009

~IkAn KuKuS~



Bahan-Bahan:
-1 ekor ikan bersaiz agak besar

~Bahan Tumbuk~
-1 ulas bawang putih
-1 cm halia

~Bahan Hiris~
-5 batang serai
-5 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 cm halia
-3 tangkai daun bawang
-1 jambak bunga kantan

~Bahan-Bahan Lain~
-1 labu bawang jeruk-dipotong 4
-2~3 tangkai daun sadri
-5 biji limau kasturi
-1 sudu kecil tepung jagung(untuk memekatkan kuah)
-2~3 biji cili padi
-2 helai daun limau purut
-1 1/2 sudu besar minyak masak(untuk menumis)
-Garam & gula secukup rasa


Cara-Cara:
1.Bersihkan ikan & kelarkan.
2.Lumurkan ikan dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.Masukkan ikan yg telah siap ke dlm bekas yang sesuai untuk dikukus.
3.Masukkan semua bahan2 lain yg telah dihiris.
4.Kalau nak pedas lagi,bolehlah masukkan cili padi yg telah dipotong.
5.Kukus sehingga masak.Setelah masak,keluarkan & hidang.

~SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan