Sabtu, 20 Jun 2009

~IkAn SiAkAp GoReNg DeNgAn MaNggA MuDa(ThAi StYLe)~


Bahan-Bahan:

-1 ekor ikan siakap(Bersihkan & goreng sehingga garing)


Bahan-Bahan Tumis:

-1/2 biji mangga muda(disagat halus)

-5 biji cili padi

-2 sudu besar jus limau nipis

-2 biji bawang merah (dipotong nipis)

-1 sudu makan sos ikan

-Minyak masak secukupnya(untuk menumis)


Cara-Cara:

1.Goreng ikan siakap sehingga garing & ketepikan.

2.Tumis semua bahan sehingga naik bau.

3.Setelah itu,tuangkan ke atas ikan,hias & hidangkan.


~SELAMAT MENCUBA...


~IkAn BaKaR(Malaysian Style)~


Bahan-Bahan:
-5 ekor ikan kembong(disiang & dibersihkan)
Bahan-Bahan(Sambal Pencicah)
-3 biji cili merah(dihiris nipis)
-5 biji cili padi(dihiris nipis)
-3 labu bawang merah(dihiris nipis)
-Belacan sebesar ibu jari(dibakar & dihancurkan)
-200 gm asam jawa(dibancuh & diambil airnya)
-Garam & gula secukup rasa
-Serbuk kunyit
Cara-Cara:
1.Lumur ikan dengan garam & serbuk kunyit
2.Setelah siap,bakar kedua2 belah ikan sehingga masak & ketepikan.
3.Sediakan sambal pencicah dengan mencampurkan kesemua bahan td sehingga rata.
4.Sedia untuk dihidang.
~SELAMAT MENCUBA...

Jumaat, 19 Jun 2009

~IkAn KuKuS~



Bahan-Bahan:
-1 ekor ikan bersaiz agak besar

~Bahan Tumbuk~
-1 ulas bawang putih
-1 cm halia

~Bahan Hiris~
-5 batang serai
-5 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 cm halia
-3 tangkai daun bawang
-1 jambak bunga kantan

~Bahan-Bahan Lain~
-1 labu bawang jeruk-dipotong 4
-2~3 tangkai daun sadri
-5 biji limau kasturi
-1 sudu kecil tepung jagung(untuk memekatkan kuah)
-2~3 biji cili padi
-2 helai daun limau purut
-1 1/2 sudu besar minyak masak(untuk menumis)
-Garam & gula secukup rasa


Cara-Cara:
1.Bersihkan ikan & kelarkan.
2.Lumurkan ikan dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.Masukkan ikan yg telah siap ke dlm bekas yang sesuai untuk dikukus.
3.Masukkan semua bahan2 lain yg telah dihiris.
4.Kalau nak pedas lagi,bolehlah masukkan cili padi yg telah dipotong.
5.Kukus sehingga masak.Setelah masak,keluarkan & hidang.

~SELAMAT MENCUBA...

~IkAn BawaL SwEEt n SoUr~


Bahan-Bahan:(3-4 org makan)
-1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit (boleh juga dilumur garam n sdikit tepung jagung)
-3 biji bawang merah-ditumbuk
-1 ulas bawang putih-ditumbuk
-1 inch halia-dihiris panjang2
-1 biji tomato-dipotong dadu
-1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
-1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
-2 sudu besar sos tomato
-3 sudu besar sos cili
-1/2 lobak merah-dipotong dadu
-Sedikit bunga kobis
-Sedikit nenas-dipotong dadu
-Garam & gula secukup rasa
-Daun sup~Hiasan

Cara-Cara:
1. Ikan yang siap dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit.Ketepikan.
2. Tumis bawang yang telah ditumbuk,halia & bawang besar.
3. Setelah naik bau,masukkan sos cili & sos tomato.Kacau rata.
4. Masukkan tomato,cili capsicum & sayuran lain.Kemudian,masukkan sedikit air jika kuah
terlalu pekat.
5.Biarkan mendidih,masukkan garam & gula.Angkat kuah tadi & tuang atas ikan yang siap
digoreng tadi.Hias sedikit dengan daun sup & hidangkan.

~SELAMAT MENCUBA...

~SiAkAp StiM~


Bahan-Bahan:
-2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
-2 biji bwg besar - dimayang halus
-2 biji bwg putih - dimayang halus
-1 btg serai - dihiris halus
-2 inci halia - dihiris halus
-2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
-5 btg cili padi - di ketuk
-1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm1/2 cawan
-Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
-Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halusGula & garam secukup rasa
-Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar

Cara-Cara:
1.Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas.
2.Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk.
3.Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur.
4.Tambahkan garam dan gula secukupnya.
5.Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.
6.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam.
7.Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.
8.Setelah masak,angkat hidangan tersebit dan hidangkan...

~SELAMAT MENCUBA...